1) PELANCARAN NILAM & PROGRAM GALAKAN MEMBACA

Pelancaran NILAM & Program Galakan Membaca dilaksanakan sebagai simbolik pelaksaan program NILAM bagi tahun 2025. Dirasmikan oleh Encik Mohd Raihan Bin Mohd Iman, Pengarah BHPetrol Kuala Pilah.

2) RESENSI BUKU GURU (Guru Membaca, Murid Terinspirasi) 

Dilaksanakan setiap Perhimpunan Pagi Isnin secara bergilir. Tujuannya ialah;

  1. Menambah ilmu pengetahuan iaitu, murid dan guru dapat belajar perkara baru daripada buku yang dikongsi.

  2. Meningkatkan minat membaca iaitu dengan mendengar resensi daripada guru membuatkan murid ingin membaca buku tersebut.

  3. Memberi inspirasi kepada murid melalui cerita atau pengajaran dalam buku boleh menaikkan semangat belajar.

  4. Menjadikan perhimpunan lebih menarik kerana ada cerita atau ilmu baharu.

  5. Menggalakkan budaya membaca di sekolah iaitu murid dan guru lebih rajin membaca apabila amalan ini diteruskan.

  6. Menguatkan hubungan guru dan murid kerana murid lebih dekat dan seronok belajar dengan guru yang suka berkongsi.

3) TAKLIMAT NILAM

Taklimat berkaitan KPI NILAM sekolah dan maklumat berkaitan pengisian AINS disampaikan kepada murid tingkatan 1 semasa minggu orentasi dan juga pada setiap perhimpunan pagi kepada murid-murid yang lain.

3) RESENSI BUKU MURID 

Resensi buku murid mengikutkelas, di mana setiap kelas perlu menghantar wakil yang akan membuat resensi buku kategori Bahasa Melayu dan kategori Bahasa Inggeris pada setiap pagi hari Selasa.

Scroll to Top