SEJARAH SEKOLAH

 

SMK Telok Kumbar terletak di kawasan luar bandar di Kampung Sungai batu di Daerah Barat Daya Pulau Pinang. Lokasinya yang berada di kaki bukit sungguh strategik kerana pemandangan alma semulajadi yang indah menjanjikan suasana yang tenang dan sesuai untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar ditubuhkan pada 01 Disember 1989. Sebelum itu SMKTK menumpang di SRK Bayan Lepas selama setahun. Pada waktu itu hanya 18 orang guru bertugas bersama-sama 3 orang staf sokongan dengan 240 orang murid tingkatan 1 dan peralihan. Tuan Haji Saad Bin Haliff bertindak sebagai Pemangku Pengetua pada masa itu.


Bangunan baru sekolah yang bertempat di Telok Kumbar siap pada 03 Disember 1990. Bangunan sekolah ini terdiri daripada 3 buah bangunan iaitu 2 blok bangunan 3 tingkat yang diberi nama Blok Aspirasi dan Blok Bestari dan 1 blok bangunan 4 tingkat yang diberi nama Blok Canggih. Setelah bangunan baru siap dibina, Encik Abdul Hamid Haji Mohamad dilantik sebagai pengetua yang pertama.

 

Pada tahun 2001 sebuah lagi bangunan 4 tingkat yang diberi nama Blok Dinamik dan 2 makmal komputer telah dibina bagi menampung keperluan pelajar. Pada tahun yang berikutnya sebuah dewan besar yang diberi nama Dewan An-Nur telah dibina untuk pelbagai kegunaan.

 

Pada masa kini Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar membuka 31 buah bilik darjah untuk 1150 orang murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 dengan 72 orang guru dan 12 orang staf sokongan. Sekolah juga kini dibantu oleh 15 orang kakitangan kontrak kebersihan dan 8 orang kakitangan kontrak keselamatan.

 

 

   

Pautan  

   

Waktu Sekarang  

Wednesday, 20 June 2018
   

Kalendar  

June 2018
Mo Tu We Th Fr Sa Su
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 1
   

Bilangan Pelawat  

199789
TodayToday2
YesterdayYesterday99
This WeekThis Week179
This MonthThis Month2446
TotalTotal199789
   

Kata-kata Hikmah  

"Kalau kamu berada di rumah orang, hendaklah kamu jaga matamu. Jika kamu berada di tengah orang ramai, jaga lidahmu. Jika kamu berada dalam majilis jamuan, jaga perangaimu" -- Luqman al-Hakim
   

Tarikh Penting  

PT3 11/10/2016

Countdown
expired


Since

   

SPM 7/11/2016

Countdown
expired


Since

   

Info Solat